Selepas kita dah pastikan siapa pelanggan kita, kita mesti tahu juga apa yang mereka perlu dan suka. ‘Perlu’ maksudnya produk kita akan tolong selesaikan masalah dan keperluan mereka. Contoh, anak mereka hanya boleh biskut ‘gluten-free’. Ini adalah keperluan. ‘Suka’ ialah seperti produk yang tidak begitu perlu tapi jika mereka tertarik, mereka akan beli. Contoh, doorgift biskut eksklusif yang mahal untuk tetamu VIP mereka. Walaupun ni sebenarnya bukan keperluan, tapi kalau doorgift tu sangat cantik dan menarik, mesti orang akan beli.
Berbalik pada pelan Cik Ju, apa sebenarnya senarai produl Cik Ju ni? Apa istimewanya produk dia? Inilah kotak seterusnya kita mesti isikan.
- Biskut klasik melayu- semperit, kacang, tat nanas, sugi, makmur. (sepanjang tahun)
- Biskut ‘gluten-free’ dan organik (tempahan sepanjang tahun).
- Pewarna asli dari bunga dan buah saja digunakan.
- 90% bahan ialah dari negara ini.
- Semua inti biskut ialah buatan sendiri.
Kotak yang kita isi ni dipanggil ‘Value proposition”, Bukan sekadar produk, tapi keistimewaan produk kita mesti ada. Apa yang buat biskut kita lain dari yang lain. Contoh di atas, no 3 dan 4 ada elemen kemampanan (sustainability). Mungkin ada kriteria lain yang beri impak pada alam sekitar boleh kita masukkan. Jika kita sendiri tak tahu kenapa produk kita lain dari yang lain, maka susah nanti nak yakinkan orang-orang sekeliling kita! |