curating exceptional recipes by famous cookbook authors, food bloggers, our chef teachers, our friends, families and of course,  ourselves

Apa seterusnya?

‘Home-based food business’ (HBFB) tak sekali-kali boleh diperlekehkan. Ini adalah bisnes yang telah menyuap nasi ke dalam mulut ramai anak-anak dan ahli keluarga di negara kita. Bisnes ini juga telah banyak membantu menyara hidup pelbagai lapisan masyarakat. Inilah juga bisnes yang menjadi tapak permulaan sebelum melonjak ke arena perniagaan yang lebih besar dan mencabar lagi. Dalam bisnes makanan, tiada noktah. Sebanya? Sentiasa ada demand.

Bagi saya, kejayaan sesuatu bisnes itu bergantung kepada cita-cita pemilik bisnes tersebut. Jumlah wang ringgit di dalam akaun bisnes, bukanlah pengukur mutlak kejayaan kita. RM yang banyak memang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada pemilik akaun bisnes tersebut tetapi jika pada masa yang sama, si pemilik tidak betul-betul menjiwai bisnes dan perjalanan bisnesnya sendiri, maka sukarlah nak ditentukan halatuju seterusnya bisnes tu selain dari hanya memastikan untung dikaut setiap bulan.

Pastikan kita tahu apa yang kita mahu. Rentak manusia berbeza.

Sebab itu terdapat pelbagai jenis dan warna usahawan. Ada yang mempunyai kemampuan untuk terus mebuka outlet secara banyak dan besar-besaran. Ada yang bermula dari rumah untuk mencapai tahap begitu. Ada yang mahu kekal di premis yang kecil tanpa membuka franchise walaupun permintaan tinggi. Ada yang mahu kekal berbisnes dari rumah.

Kita yang mana?

Ketahuilah, yang mana satu pun pilihan kita, kita mesti bergerak dalam proses yang sama. Bersistem. Professional. HBFB bukan lagi bisnes luar bandar atau bisnes biasa-biasa. Tiada jualan kuih naik basikal semata. Tiada jualan hanya di pasar malam. Sekarang semua itu bergerak serentak di dunia nyata dan digital. Banyak nak diuruskan jika nak berjaya. Nak masak, nak promosi, nak jawab WA, dll. Setinggi mana permintaan makanan, setinggi itulah juga persaingan penjualan makanan.

Sebab HBFB ini berjalan dari rumah, maka cabaran-cabarannya mungkin tidak dapat kita duga. Kita sangka lagi fleksibel kerja sendiri. Kitalah bos. Kita tak perlu bayar sewa. Kita boleh cuti bila-bila kita nak. Boleh saja nak cuti ikut suka. Itu jika bisnes suka-suka, di mana, keuntungan defisit setiap bulan masih menjanjikan makan terhidang di atas meja kerana pasangan kita masih mampu untuk menanggung keluarga.

Perlu saya ingatkan, HBFB yang serious perlu ada persiapan. Persiapan ini sebenarnya ialah perkara-perkara yang kita sudah biasa sangat dengar tapi kadang terlupa. Atau terlepas pandang. Apa dia?

PERSEDIAAN DIRI – Inisiatif, Disiplin, Konsisten, Jujur, Kreatif, Inovatif, ‘People-person’, Hijau, Mampan – Bisnes yang dijalankan dengan tiada penganiayaan kepada sesiapa dan apa jua di sekeliling kita, adalah matlamat yang harus kita capai, selain dari mempunyai akaun bank yang konsisten profitnya. Lebih baik jika skop matlamat bsines kita ialah untuk membawa kebaikan kepada manusia dan alam sekitar. Lebih-lebih lagi di zaman ini yang penuh dengan konflik dan masalah. Nanti kita akan dalami lagi bab ini.

PERSEDIAAN PERNIAGAAN – Bab ni memang agak membosankan. Boring. Sebab kena tulis itu ini. Tapi, inilah hakikatnya. Gagal merancang bermaksud kita merancang kegagalan. Merancang tu saah satu usaha untuk kejayaan. Jadi kita pastikan perancangan kita tu bersistem. Ikut kemampuan dan target kita. Bukan ikut orang. Tak menjadi bisnes kita tu nanti.

Ok?

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email
Share on print

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

Mazmin Shariff

A mom, baker and cook, living in Malaysia, sharing the best curated tips and recipes she has in her collection just in case she lost all the recipes written in hardcopies.

FOLLOW ME

RECENT POSTS

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Newsletter

No spam, notifications only about new recipes, updates, tips and tricks.

Scroll to Top