Inilah dia raja segala biskut di rumah kami. Rasanya inilah biskut pertama kami kenal dalam hidup ni.
Biskut yang berintikan nanas memang menjadi kegilaan kami, terutama resipi Mak Jelon. Ada empat jenis biskut tat nanas yang kami suka. Tiap jenis berbeza dan unik dengan tersendiri. Biskut tat nanas keju yang lembuh dan lemak, denga ada rasa masin-masin keju. Bentuknya bulat dan memang cair dalam mulut. Biskut tat gulung, yang dohnya lembut, tak terlalu peroi dan cair juga di mulut. Biskut tat buah nanas, yang bentuknya seperti buah nanas. Dohnya lembut dan lebih padat dari tat keju dan tat gulung. Dan biskut tat kami turun temurun, yang dohnya rapuh. lembut dan lemak-lemak masin.

Sejak dari zaman kecil hinggalah sekarang, Biskut tat Nyonya ialah salah satu biskut wajib ada semasa Hari Raya. Tahun lewat 70-an, tiba saja time raya, Hajah Maryam akan sibuk sagat nanas untuk buat inti tat nanaa. Lepas sagat, gilir-gilir dengan Mak Jelon masak inti sampai pekat likat.
Yang istimewa sekali ialah doh biskut tat nanas ni. Doh nya memang serasi dengan selera kami. Tak terlalu lembut dan ada elemen rapuh sikit. Biskut tat kami semua memang Mak Jelon buat ada identiti tersendiri. Kalau tak nanti rasa sama saja semuanya, kan?

Inti Mak Jelon pula, cukup manis masamnya. Harus kita ingta, jenis nenas juga akan tentukan rasa inti tat nanas kita. Ada nanas yang masam, ada pula yang manis dan jusnya banyak. Jadi, jika kita tahu jenis nanas yang menghasilkan inti sedap bagi lidah kita, dan harganya pun tak mahal mana, maka eloklah kekalkan guna jenis nanas yang sama untuk buat inti.
Sekiranya nak beli inti nanas tu, boleh saja beli bergantung pada gred inti nanas yang ada dijual. Sebab inti nanas tu memang dah siap, jadi agak payah nak cari inti yang betul-betul masam manisnya ikut citarasa kami. Biasanya ada gred A dan B. Kami mahukan rasa manis dan masam dan tak mahu serat yang terlalu banyak. Pernah beberapa kali kami campurkan kedua-dua gred inti untuk dapatkan tahap manis dan masam yang kami mahu. Pendek kata, bila buat biskut tak terlalu banyak kuantitinya, khusus untuk makan sendiri, lagi sedap inti homemade. Kalau beli inti dan kena dengan selera, ingat lah brand inti tu biar biskut kita nanti rasa sama saja.

Doh tat Nyonya memang mudah untuk dibuat tapi mudah juga untuk buat doh yang kejadiannya tak menepati citarasa kita. Ada sesetengah biskut tat Nyonya yang doh nya rasa hambar. Hanya rasa tepung yang tiba di lidah. Keras, tawar, kuat rasa majering dan mungkin terlalu lembut hingga peroi terus bila dipegang. Bagi kami, untuk buat doh biskut tat, mestilah gunakan mentega yang berkualiti. Akan jadi semerbak harum bau biskut. Sekiranya majerin menjadi pilihan, pilihlah majerin yang rasanya sedap dan tiada lemak trans. pernah juga kami campurkan majerin dan mentega. Hasilnya ialah biskut tat yang teksturnya lebih rapuh tetapi kurang berlemak. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Untuk resipi berpuluh tahun ni, kami ada buat olahan sikit pada resipi asal Mak Jelon. Resipi olahan ni pun dah lebih 15 tahun kami ikut. Kami ubah sikit biar rasa lemak dan lembut kulit tat ni lebih menyerlah. Dan yang penting, biskut ni sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet ‘vegetarian’ kerana tidak mengandungi telor. Sebab itu menjelang perayaan Deepavali, banyak juga yang menempah biskut ini.
Dan kalau perasan, biskut kami dalam gambar semua agak perang sikit sebab kami suka jika biskut rangup lebih sikit. Semoga resipi Mak Jelon ini memberi manfaat pada mereka yang gemarkan tat nanas.
Biskut tat Nyonya klasik Mak Jelon
Recipe by Mazmin ShariffCourse: DessertCuisine: MalaysianDifficulty: Easy70
keping20
Ringgitbahan-bahan
- Inti nanas
2 biji nanas muda (jenis Morris) anggaran berat 1.2-1.5 kg sebiji
400 gram gula pasir (600g jika nak manis lebih)
1/4 sudu kecil garam
1 biji air perahan lemon
sedikit kayu manis dan bunga cengkih jika mahu
- Doh biskut
190 gram tepung biskut
150 gram mentega tanpa garam (unsalted) SEJUK
30 gram gula aising
50 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
cara-cara
- Untuk inti, parut isi nanas. Untuk kurangkan serat kasar, blend empulur nanas dengan air hingga halus. Untuk bahagian isi lain, gunakan ‘food processor’ dengan bilah pemarut khas atau parutkan saja isi nanas dengan tanga. Kami lebih suka cara ini berbanding blend semuanya agar inti tak terlalu hancur.
- Masukkan parutan nanas dan airnya serta gula ke dalam kuali dan kacau atas api sederhana hingga likat. Jika nak masukkan kayu manis dan bunga cengkih, boleh masukkan sekali awal-awal tadi. Bila dah agak likat, boleh juga rasa dulu untuk pastikan manis inti serasi dengan lidah kita. Jika tak, tambah gula.
- Masukkan garam dan perahan lemon dan kacau lagi hingga tahap kelikatan yang kita mahu.
- Ambil sedikit dan sejukkan sebentar. Lembapkan jari dengan air dan suba bulatkan inti. Jika mudah untuk dibulatkan, maknanya dah cukup likat. Sejukkan. Kuantiti inti untuk biskut ni bergantung pada besar bebola yang kita letak atas biskut..
- Panaskan oven 180 C. (160C untuk fan oven)
- Campurkan semua bahan kering. dankacau.
- Denga menggunakan tangan atau ‘food processor’ campurkan bahan kering dan butter hingga menjadi doh. Jangan terlebih uli. Sejukkan 20 minit.
- Canai dan terap guna acuan. Tebal biskut ikut suka. Kami biasa buat 1/2 cm.
- Letakkan bebola inti atas biskut.
- Bakar 18-20 minit. Pusingkan loyang separuh jalan.
- Pastikan biskut betul-betul sejuk sebelum simpan dalam bekas. Alas dengan kertas jika susun biskut berlapis dalam bekas.
Classic Nyonya tart
The King of all festive cookies in our household is always the classic Nyonya tart. And this is a much-loved and valued recipe by all of us family members. First, because it has always been there on our festive table ever since I was a kid and I guess it was the first cookie I got to know in my life. And my mom never altered her recipe. But I did. Just to give it some variations. A bot of cornflour sometimes. Using icing sugar, instead of caster sugar. Overall, it is a very simple recipe.
That said, I have to admit that the dough needs a little attention as we want it to be buttery and yummy, not bland and floury. This is why it is very very important to get only the best ingredients for this utterly delicious classic cookies. And for more than 40 years, we have been making my mom’s recipe for this specific pineapple tart (there are several types of pineapple tarts with different shapes and tastes actually).
Glad to share this.


1 thought on “Biskut tat Nyonya klasik @ Classic Nyonya tart cookies”
I will try this. As for me, a generation of recipe like this is indeed worth the try