Pos ketiga kali ni, saya akan terus tunjuk pelan BMC yang dah lengkap. Kotak demi kotak. Jadi bila diisi dalam semua kotak, mengikut rangka asal, jadi baru kita nampak. Saya suka isi dalam rangka yang saya hantar print di kedai, sebesar kertas mahjong. Senang nampak. Dan dari ke semasa, jika ada yang saya nak ubah, di atas kertas tu juga saya tanda.
Sebelum isi kotak-kotak BMC dengan points yang saya beri ni, pastikan semua diisi di kotak yang betul.
KEY PARTNERS (Sumber yang perlu untuk menjalankan bisnes kita)
Pembekal House of Ingredients https://hoibaking.com.my/ Bake with Yen http://bakewithyen.net/ Bagus Baking https://www.bagus.com.my/ Yummie Baking Supply https://www.facebook.com/YummieBakery/ Baker’s Farm http://bakersfarm.com.my/ Bake Well http://www.bakewell.com.my/index.php Pastry Pro http://pastrypro.com.my/ Jadi Baking & Culinary http://jadibaking.com/601867354/ Cake Connection https://www.cakeconnection.com.my/ Pelangi Bakery http://www.pelangibakery.com/ Pengurus Mall PKNS, SACC, Subang Parade HR -Pejabat Kerajaan, Bank, dsbnya Pengurus Majlis/Wedding Planner *senaraikan Syarikat Kurier -Poslaju, DHL, GDex, Fedex, Taqbin, Grab Trending -Apakah info dan gaya terbaru dalam dunia baking dan biskut. |
KEY ACTIVITIES (Apa aktiviti bicnes kita yang memberi kita profit?)
– Buat biskut – Promosi dan Marketing – Menjual (online dan offline) – Penghantaran |
VALUE PROPOSITIONS (Apakah produk dan nilai yang dapat kita beri pada pelanggan? Apa masalah mereka dapat produk kita bantu?)
– Biskut halal dan organik – Diet CFGF (alah kepada susu dan gluten) – Vegetarian – Rendah lemak – Tiada penggunaan gula pasir kasar dalam semua biskut – Tiada penggunaan tepung yang diluntur dalam semua biskut – Ikut citarasa pelanggan |
RELATIONSHIPS (Apa cara terbaik untuk ‘bonding’ dengan pelanggan?)
– Media Sosial – perkongsian informasi dan tips berguna – Pemberian diskaun dan free gift – Personal (berjumpa pelanggan) – Sampel/tester percuma |
CUSTOMER SEGMENT (Siapa pelanggan kita?)
– Jiran taman perumahan – Pelanggan ‘health conscious’ – Rakan alumni sekolah/kolej – Rakan sepejabat – Hospital di Shah Alam – Hotel dI Shah Alam – Guru dan staff sekolah anak – Pengunjung Bazar Ramadhan/Hari Raya – Kompleks PKNS Shah Alam atau SACC Mall – Event/Wedding organizer sekitar Shah Alam/Kelang (senaraikan) – Koperat – Pejabat-pejabat kerajaan dan bank di sekitar Shah Alam (senaraikan) |

KEY RESOURCES (Apa yang perlu untuk jalankan aktiviti bisnes kita?)
RM Modal permulaan RM2000 (untuk beli bahan, peralatan, upah pembantu jika ada). Manusia Pekerja (tetap atau sambilan), Agen Barang/Sumber fizikal Bahan ramuan makanan dan bukan makanan Alatan *SENARAIKAN – yang sedia ada (dari dapur anda) dan yang perlu dibeli (hand mixer, spatula, oven, mangkuk stainless steel, alat timbang, sudu dan mangkuk sukat, loyang, botol dan bekas simpan bahan, dsbnya) Intelek Brand, Resipi, Senarai rekod pelanggan |
CHANNELS (Bagaimana kita berhubung dengan pelanggan?)
Media Sosial Facebook – Facebook personal, Facebook page, Facebook Ads, Facebook shop, Facebook group (delivery, group taman) Instagram – buat poster menggunakan Mobile apps, Youtube Online shop Shoppe, Lazada, Kravve Telefon Whatsapp – blast, group (selitkan dalam status poster produk), Telegram Website/Blog Perkongsian tentang bahan, resipi teknik memasak, ramuan organik dan bahaya ramuan chemical. Sertakan foto menarik. Agen Tiap Seksyen/Bandar di Lembah Kelang Pop-up Booth Cuti sekolah Bazar Ramadhan/Hari Raya |
COST STRUCTURE (Berapa RM perlu dan sesua untuk skala bisnes kita?)
– Bahan makanan – Bahan bukan makanan – bekas simpan bahan, kertas untuk label, selotep, balang biskut, alas biskut, oven, spatula, dulang tambahan, parchment paper (kertas alas) – Marketing – Fb ads, Instagram ads – Tapak jualan |
REVENUE STREAMS (Profit yang kita dapat dari produk kita melalui ‘channel’ yang mana satu?
– Biskut Tradisional jualan online di website dan shopee, juga jualan di booth. – Doorgift untuk majlis yang diiklankan di media sosial. – Hamper biskut Hari perayaan yang diiklankan di website dan media sosial. |
Cuba isikan BMC kita sendiri pula. Lengkap semua ni, baru kita ke costing pula.