Saya sengaja tak mahu letak tajuk pos ‘Business Model Canvas (Kanvas Model Perniagaan)’ sebab komplikated benar bunyinya. Nanti takut ada yang terus give up malas nak buat sebab nampak macam assignment budak Uni. Tapi percayalah, jika kita sampai satu tahap di mana kita dapat faham dan lengkapkan semua bahagian dalam kotak-kotak model ini, kita dah tahu hala tuju bisnes kita. Saya tampal di dinding agar dapat saya lihat tiap hari apa yang saya rancangkan. Nanti tidaklah saya tersasar dari plan asal. Tak lah saya belanja terlebih bajet. Tak juga saya buat sesuatu projek yang diluar kemampuan saya. BMC ialah garis panduan dan penyelamat saya dalam ‘home-bis’ saya.
Mari kita tengok apakah ianya BMC.

Ok jangan panik kalau nampak susah nak diisi kotak-kotak tu! Nampak je susah tapi sebenarnya benda tu semua kita dah tahu. Ada item dalam tu yang mungkin kita dah buat pun. Tinggal kita nak susun kemas elok-elok agar bisnes kita lebih terang targetnya. Mari kita lihat yang ni pulak.

Gambarajah kedua tu secara ringkasnya menerangkan apa maksud setiap bahagian dalam kotak-kotak BMC. Mudah sikit kan? Nanti pos seterusnya bila kita buat lebih terperinci, kita akan sama-sama isikan dalam BM. Sekarang, kita siap-siap dalam kertas, secara kasar, cuba isikan kotak-kotak dalam BMC ni. Cuba dulu sendiri minggu ni. Nanti di pos akan datang, saya akan terus bagi contoh cara nak isi mengikut beberapa jenis bisnes yang berkaitan dengan baking.
Homework bagus ni!