recipes and tips. tried and tested.

DAY 4: SOP home-biz

Pos kali ni ialah sambungan kepada pos kanvas Bisnes Model kita. Jadi bila dah lengkap semua kotak yang kita isi, kita lihat pada perkara berikutnya. Ini ialah antara SOP saya yang wajib ada. Dengan adanya semua ni, maka akan mudah lah nanti kerja saya. Mari saya kongsikan.

pexels karolina grabowska 4968390 gourmetwhisk by mazmin shariff

Saya akan pastikan resit-resit belian barang untuk setahun disimpan dalam fail atau kotak dan disusun ikut bulan. Saya ambil foto resit dan simpan dalam pc sebagai softcopy jika resit asal hilang. Resit ni amat berguna untuk saya buat costing nanti. Resit ni berguna juga untuk saya buat perbandingan harga. Kedai mana yang tepungnya mahal…di mana harga pukal boleh dapat murah dsbnya. Dari resit ni, saya buat rekod belian senarai barang yang saya beli dan harganya sekali. Saya kategorikan seperti ni: Bahan kering -tepung, gula, kekacang, bahan penaik dsbnya, bahan sejuk beku, produk tenusu dsbnya. Saya guna Excell atau Microsoft Word untuk buat senarai harga belian setiap 6 bulan atau setahun.

Kenapa saya buat rekod belian barang ini? Sebabnya agar saya tahu kedai mana yang dapat harga yang lebih murah. Juga saya dapat nampak jika ada keniakan harga bahan. Harga biasanya naik selepas berbulan, terutama bila musim perayaan, itu yang saya biasa perasan. Jom lihat contoh rekod belian saya:

sample1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Selain tu, bil utiliti rumah juga saya simpan untuk dibahagikan % yang masuk ke dalam bisnes saya. Bil TNB, air, internet mesti direkodkan sebab bisnes saya memang menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan tersebut. Lebih-lebih lagi saya ada gunakan oven letrik. Bil TNB memang akan lebih banyak dari biasa. Semua bil saya simpan softcopy di dalam pc saya.

Satu lagi fail saya ialah fail rekod jualan. Bila customer order produk, saya keluarkan invois (biasanya dalam bentuk softcopy dan dihantar melalui Whatsap atau emel). Pembayaran dibuat (bayaran penuh dan saya akan minta customer sertakan resit), dan lepas tu baru saya keluarkan resit (juga softcopy). Penghantaran dibuat bersama delivery order yang ditandatangani oleh saya dan penerima apabila produk sampai ditangannya. Jika saya guna servis penghantaran seperti Lalamove, slip penghantaran syarikat delivery tersebut sudah cukup..

Selain itu, katalog dan info produk juga saya simpan dalam pc. Katalog ni ada info terperinci tentang semua produk saya termasuk harga, saiz, resipi dan lain yang berkaitan. dan harga. Ada juga lakaran produk supaya saya dapat pastikan setiap kali buat kek contohnya, rupa dan saiz sentiasa konsisten. Contoh begini:

sample2 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Saya pastikan langkah-langkah untuk hasilkan kek atau biskut saya sangat terperinci. Contohnya, berapa gram adunan diperlukan untuk tiap lapisan kek. Dan berapa gram ganache yang perlu disapu contohnya. Lakara tiap jenis biskut dan pai juga saya letakkan dalam katalog produk saya.

pexels cottonbro 4686835 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Yang terakhir dan yang amat penting ialah rekod jualan. Saya biasanya nyatakan target jualan saya dan jualan sebenar saya capai. Saya pastikan kuantiti jualan yang diletakkan tu logik, mengikut kemampuan tenaga saya yang cuma ada seorang dua pembantu. Jika jualan sebenar tak mencapai target, maka ada tindakan seterusnya yang perlu saya ambil. Mungkin ubah strategi pemasaran atau mungkin juga target saya tak tercapai kerana pengeluaran melebihi permintaan. Penambahbaikan sentiasa perlu dilakukan. Ini contoh kasar rekod saya untk jualan biskut:

sample2 2 gourmetwhisk by mazmin shariff

Tak kira bagaimana cara kita home-bakers ‘organize’ cara kerja dan bisnes kita, tapi harus ada caranya. Cara saya mungkin berbeza dari cara home-bakers yang lain, tapi tujuannya tetap sama, untuk jadi home-bakers yang ada sistem. Tak lah caca marba nanti kerja-kerja harian saya. Dari masa ke semasa, ada saja pembaharuan dan penambahbaikan yang saya buat untuk menjadi lebih sistematik dan teratur dalam aktivit harian bisnes saya.

Akhir sekali yang penting juga (semua point saya memang penting. Heee) ialah cara saya simpan bahan mentah yang saya beli. Saya asingkan semua bahan dari bahan yang saya beli untuk kegunaan dan masakan keluarga. Botol-botol saya labelkan, sekali letak tarikh luput bahan tu.

pexels taryn elliott 4440173 gourmetwhisk by mazmin shariff

Untuk bahan yang dah dimasak seperti buttercream, coklat ganache, inti pai dsbnya, saya simpan dalam plastik vakum atau bekas kedap udara yang saya balut lagi dengan plastik ‘cling-wrap’ supaya taklah cepat ais masuk di dalam peti sejuk beku. Saya pasti bab simpan makanan dalam peti sejuk dan peti sejuk beku ni biasanya yang dah biasa memasak ni dah memang pakar. Cuma jangan simpan terlalu lama sebab takut ada kekurangan dari segi rasa dan rupa nanti.

Semoga perkongsian saya ni bermanfaat. Tambahbaiklah cara saya ni mana yang patut ya.

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email
Share on print

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

Mazmin Shariff

A mom, baker and cook, living in Malaysia, sharing the best curated and tried tips and recipes she has in her collection.

FOLLOW ME

RECENT POSTS

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Newsletter

No spam, notifications only about new recipes, updates, tips and tricks.

Scroll to Top