Bila coklat dan keju krim keju disatukan, maka jadilah kek ini. Ini ialah antara jenis kek keju malt yang kami hasilkan. Dua ramuan yang suka diratah anak-anak di rumah ini ialah coklat dan Horlicks. Jadi kami pun olahlah kek ni. Setakat ni, semua yang terlibat jadi ‘testers’ kami, semua kata sedap.

Untuk mereka yang biasa buat kek keju, bahagian bawah kek ni boleh dibakar juga tanpa teknik ‘waterbath’. nanti akan kami kongsikan resipi kek keju yang dibakar tak perlu guna teknik ‘waterbath’ tapi perlu ubah suhu mengikut waktu tertentu.

Untuk ‘malt’, jika tak nak guna Horlicks, boleh digantikan dengan minuman malt jenama Ovaltine. Ada kelainan dari segi rasa dia tapi dua-dua sedap bagi kami. Yang pasti Horlicks lebih mahal dari minuman malt Ovaltine.

Untuk mereka yang lebih suka krim ‘dairy’, kek akan rasa sedap juga. Kami sudah banyak kali buat kek ni gunakan krim dairy juga (Elle & Vire) dan hasilnya sedap berkrim. Cuma ‘Rich’ ni lebih manis dan lebih stabil. Cubalah buat dua kali guna krim berlainan. Ada perbezaan sikit dari segi rasa (tapi dua-dua sedap!)
Jika nak jual kek ni, memang kalau dikira-kirakan agak mahal. Horlicks mahal sekarang ni. Coklat ‘Maltesers’ pun mahal. Tak masuk lagi keju dan biskut malt. Jadi untuk sesiapa yang nak menjual kek-kek seperti ni, haruslah buat pengiraan yang betul. Nanti kalau dah ‘underpriced’ parah dibuatnya. Mungkin di masa akan datang kami akan kongsikan cara kami buat costing untuk kek, biskut dan pastry.

Nilah dia resipi kek mahal dan sedap!
Kek keju coklat malt
Recipe by Mazmin ShariffCourse: DessertCuisine: EuropeanDifficulty: Easy10
pax25
minutes45
minutes240
minutesBAHAN-BAHAN
- Tapak
24 keping biskut Oreo asli
60 gram mentega (dicairkan)
- Lapisan bawah
350 gram krim keju (suhu bilik)
40 gram gula halus
40 gram Horlicks
1 telor L
1 kuning telor
1 cawan krim
80 gram coklat (dicairkan)
1 sudu teh vanila
- Lapisan atas
250 gram krim keju (suhu bilik)
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan Horlicks
1 cawan coklat Maltesers (dihancurkan kasar)
1 sudu teh gelatin (dalam 50ml air tunggu kembang sebelum dipanaskan agar cair rata)
1/2 cawan krim ‘Rich’
Ovomaltine untuk topping
CARA-CARA
- Panaskan oven 150 Celcius.
- Hancurkan biskut oreo dalam ‘food processor’ atau masukkan dalam plastik, ikat supaya tak terbuka dan gunakan ‘rolling pin’ untuk hancurkan biskut.
- Campurkan mentega cair dan biskut hancur. Tekan dalam loyang 8 inci. Sejukkan.
- Pukul krim keju, Horlicks dan gula pada kelajuan sederhana sehingga tiada ketulan. Jangan terlebih pukul.
- Masukkan telor dan kuning telor dan pukul hingga sebati.
- Masukkan coklat dan vanilla. Pukul hingga sebati.
- Madukkan krim dan pukul perlahan.
- Tuang atas lapisan biskut dan bakar 30 minit atau hingga adunan telah agak pejal di keliling tetapi masih bergoyang di bahagian tengah (tetapi tidak berkilat). Pada tahap ini, adunan akan terus masak walaupun dikeluarkan dari oven.
- Untuk lapisan atas, pukul krim keju dan Horlicks hingga adunan lebut rata.
- Tambahkan susu pekat dan pukul sebati. Tambah gelatin dan pukul lagi.
- Pukul krim sampai sederhana kembang. Kaup dalam adunan.
- Masukkan coklat Maltesers hancur dan kaup rata.
- Tuang atas lapisan kek keju coklat. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam.
- Bila sejuk keluarkan dan sapukan Ovomaltine secukupnya di bahagian atas.
Recipe Card plugin by WPZOOM