Kalau dulu-dulu kek patung biasanya dibuat untuk anak-anak perempuan. Mesti ikut karakter heroin Disney atau Barbie…Snow White, Cinderella, Tapi sekarang ni, kek patung ada juga dihias ikut fesyen kehendak masing-masing tanpa mengikut karakter kartun yang kita kenal.
Contohnya ialah kek patung berenda yang kami buat. Fokus di sini ialah pada baju berenda. Mungkin kita akan buat tutorial untuk hasilkan kek patung yang sama. Kelainan kek patung ni ialah bajunya kami balut dengan coklat modeling, bukan fondant. Lepas tu baru kami balutkan pula dengan renda gula. Mudah sebab renda tu ada acuannya.
Bagi kami lebih mudah untuk membentuk gaun patung dengan coklat modeling daripada fondant. Coklat modeling boleh kita hilangkan kedutan dengan mudah berbanding fondant. Cuma, dia agak kurang tahan haba. jadi, kami biasanya hias kek guna coklat modeling dalam bilik berhawa dingin.
Pada entri akan datang mungkin kami akan kongsikan resipi dan cara buat coklat modeling yang pasti jadi.
Kali ni, kami nak kongsikan beberapa foto kek patung kami.