recipes and tips. tried and tested.

Kek red velvet sedap @ Delicious red velvet cake

Asalnya, kek red velvet tak ada guna pun pewarna merah. Zaman dulu, soda bikarbonat dan koko saja yang akan menghasilkan warna coklat kemerahan pada kek red velvet (soda ialah bahan alkali yang akan bertindakbalas dengan koko yang mengandungi asid). Resipi kek red velvet moden kebanyakannya menggunakan pewarna merah yang agak banyak. Pernah kami lihat kek red velvet dibuat menggunakan dua sudu besar pewarna merah serbuk (bukan organik). Mahu tak terkejut kami dibuatnya.

IMG 5713 2 gourmetwhisk by mazmin shariff

Sekarang ni ada banyak pilihan pewarna. Dari gel yang selamat digunakan, ataupun pewarna yang dibuat dari buah dan tumbuhan. Yang ada dijual di pasaran ialah serbuk ubi beet (beetroot powder). Cukuplah setakat mana merah yang kita dapat walaupun tak merah menyala mana kek kita. Janji, kami dapat kurangkan bahan yang agak tak perlu dan tak asli sebanyak mungkin.

IMG 5729 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Resipi kek red velvet kami nak kongsikan ni menggunakan jus ubi beet. Koko yang akan bertindakbalas dengan soda, ditambah dengan warna asli ubi beet, akan menjadikan kek kita coklat kemerahan. Yang penting, rasanya memang sedap. Cuma resipi ni tak ada guna ‘buttermilk’ tapi ada campuran jus lemon dan susu yang tetap akan menjadikan kek lembap dan lembut.

IMG 5719 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Bila nak bakar kek ni, ada beberapa cara mudah untuk dapatkan tiga atau empat lapisan. Boleh gunakan 4 loyang 22 cm. Jika oven tak muat untuk bakar sekaligus boleh bakar 2 loyang dulu dan 2 lagi loyang kemudian. Cara lain ialah bakar 1 loyang dan potong kepada 4 lapisan, atau bakar 2 loyang dan potong setiap kek kepada 2 lapisan. Boleh juga gunakan loyang petak besar dan pastikan adunan tidak melebihi 1/2 atau 3/4 tinggi. Jadi bila siap dibakar, potong kepada 3 atau 4 lapis. Jadi kek kita tinggal dihias dan dilapis saja, tapi tak lah bulat bentuknya. Cuma harus kita ingat, saiz dan ketinggian kek berlainan perlukan masa membakar yang berbeza. Lebih tinggi dan besar kek, lebih masa diperlukan untuk kek masak.

IMG 5717 2 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Cuma kami lupa, dari majalah mana dapat resipi ni. Yang pasti dari salah satu majalah yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Mungkin dalam 7 atau 8 tahun dulu. Tak dapat nak beri kredit kepada majalh tu tapi penulis dan penyumbang resipi ini ialah Ban Mei Kei.

Walau bagaimanapaun, silalah cuba ya!

Kek red velvet sedap @ Delicious red velvet cake

Recipe by Mazmin ShariffCourse: DessertCuisine: EuropeanDifficulty: Easy
Hidangan

12

pax
Masa bakar

28

minutes

Ingredients

  • Kek
  • 140 gram tepung naik sendiri

  • 140 gram tepung gandum biasa

  • 12 gram serbuk koko (dalam 1 sudu besar)

  • 1 sudu kecil serbuk penaik

  • 1/8 sudu kecil soda bikarbonat

  • 135 gram susu segar

  • 1 1/2 sudu kecil jus lemon atau cuka

  • 80 gram jus ubi beet

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • 1 sudu kecil pewarna merah gel (tukar ke pewarna asli ubi beet jika mahu)

  • 180 gram gula kaster

  • 200 gram mentega

  • 40 gram minyak sayur

  • 2 biji telor (L)

  • Krim
  • 100 gram krim keju (lembut, suhu bilik)

  • 380 gram krim Rich’s

Directions

  • Panaskan oven 180 Celcius. Sediakan loyang. Disini kami gunakan 4 biji loyang 8 inci.
  • Ayak semua tepung, koko, serbuk penaik dan soda.
  • Satukan susu dan jus lemon. Selepas 5 minit masukkan jus ubi beet, pewarna dan vanila. Ketepikan.
  • Pukul gebu mentega dan gula.
  • Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati setiap kali telor dimasukkan.
  • Secara bergilir-gilir, masukkan 1/3 bahan kering ke dalam adunan mentega diikuti adunan cecair. Kaup balik dengan spatula. Jika menggunakan mixer, pastikan bukan pada kelajuan tinggi.
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (timbang lebih baik).
  • Bakar selama 15 ke 20 minit. Cek kek menggunakan lidi semasa minit ke-15. Sejukkan.
  • Untuk topping, pukul keju dengan kelajuan sederhana hingga lembut. Masukkan sedikit krim untuk sebatikan dengan keju (jika tidak, adunan akan berketul).
  • Masukkan separuh krim dan pukul hingga adunan gebu. Oukul separuh lagi krim berasingan.
  • Satukan kedua-dua adunan denagn spatula menggunakan tangan.
  • Bahagina krim kepada 4 bahagain (ini untuk kek yang tiada krim di kelilingnya atau ‘naled cake’).
  • Sapu krim di setiap lapisan termasuk di bahagian atas sekali.
  • Tambah hiasan terakhir jika mahu.
  • Pastikan kek disimpan di peti sejuk tetapi hidang kek yang hampir mencapai suhu bilik.

Red velvet cake

I seriously can’t recall where I got this lovely red velvet cake recipe. This is simply one of the best red velvet cakes I have in my collection. I literally keep the magazine page bearing this recipe. Sadly, I am not able to credit the magazine but the recipe writer is Ban Mei Kei. I bet this is not the only wonderful cake recipe she has.

1 1 gourmetwhisk by mazmin shariff
2 3 gourmetwhisk by mazmin shariff

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email
Share on print

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

Mazmin Shariff

A mom, baker and cook, living in Malaysia, sharing the best curated and tried tips and recipes she has in her collection.

FOLLOW ME

RECENT POSTS

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Newsletter

No spam, notifications only about new recipes, updates, tips and tricks.

Scroll to Top