Saya dah lama merancang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dalam bisnes makanan dari rumah. Kelas fizikal mungkin lambat lagi dapat saya adakan.Tak seperti sebelum ni, keadaan sekarang memang tak mengizinkan apa-apa aktiviti berjemaah. Maka, saya dan sahabat baik saya, Raja Saadiah, akhirnya bertekad untuk melakukannya secara online.
Jadi, alang-alang saya nak membantu dan mendidik group wanita bakers kami, ada baiknya jika ilmu perkongisan saya ini dapat juga memanfaatkan orang lain. Senang untuk mereka rujuk dan pada masa yang sama, mungkin ada juga orang lain yang terbaca dan dapat manfaat juga. Cuma, untuk kumpulan saya, mereka dapat one-to-one coaching di WA. Jika kebetulan ada soalan yang dikeutarakan di sini, akan saya cuba jawab juga.
Baik, kita terus ke intipati perkongsian saya.
- Apa itu Home-bisnes atau Home Bakery?
- Model Rancangan Perniagaan. Perlukah?
- Pengurusan bahan dan supplier.
- Sistem simpanan dokumen dan fail di rumah – resit pembelian, resipi, invoice, delivery order, resit pelanggan dll. Sangat perlu.
- Produk dan packaging.
- Promosi dan Marketing.
- Costing. Tersangat penting.
- Tips dan Bonus Resipi kek, biskut, pastry. Sentiasa ada.
Jumpa anda di entri selepas ini!