recipes and tips. tried and tested.

Sambal tomat bibik Sari

Sepanjang hidup saya, lebih 12 orang pembantu Indonesia dan Kemboja pernah berkhidmat dengan keluarga saya. Setiap dari mereka ada tinggalkan memori yang tak dapat kami sekeluarga lupakan. Yang baik hingga kami menangis nak ditinggalkan ada, yang kami hantar pegi balai polis pun ada. Sebabnya dia acukan gunting pada saya dan anak-anak ugut nak tikam. Tiba hari nak hantar dia ni balik, masa dekat airport boleh pula dia cakap, “Alah ibu ni, sandiwara sikit pun tak boleh”. Saya rasa masa tu, saya sikit lagi nak jadi mental macam dia sebab rasa nak hampuk je kepala dia dengan tong sampah besi dalam departure hall tu. Ni sampai esok tak habis menulis pasal bibik.

IMG 3602 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Antara perkara paling seronok bila ada pembantu ialah bila mereka kongsi cara masakan mereka. Indonesia tu punyalah besar, jadi style memasak dari pulau ke pulau memang berbeza. Salah seorang pembantu kami dulu ni berasal dari Pulau Jawa (lupa dah daerah mana). Sarini ni memang kaki cili. Cili padi memang wajib dalam masakan dia. Dia pakai genggam je bila nak sukat cili banyak mana nak buh dalam masakan. Nasib mulut dia tak pedas macam cili.

IMG 3668 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Dalam banyak-banyak masakannya, ayam penyet Sarini ni memang tak ada sesiapa dapat tandingi. Anak-anak saya pun setuju yang mana-mana restoran ayam penyet pun kalah. Ayamnya rangup di luar dan ‘moist’ di dalam. Yang paling tak dapat dilupakan ialah sambal tomatnya. Sambal tomat Sarini ialah sambal tomat paling sedap pernah kami makan.

IMG 3687ps1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Sempat juga saya tanyakan resipi dan tengok cara-cara dia buat. Yang renyah nya resipi ni ialah sambalnya dimasak dua kali. Lepas kita lenyek tu, masak balik dalam kuali. Kali kedua masak, barulah kacau hingga sambal tu gelap warnanya. Dan yang paling penting bagi saya ialah gula nisan Terengganu yang saya gunakan untuk sambal ni. Memang manisnya lain jika dibandingkan dengan sambal yang guna gula biasa.

Satu lagi, sebenarnya saya kadang bila nak cepat tu guna ‘food processor’ saja. Gambar tu saja nak tunjuk saya ada batu lesung lenyek sambal tomat saya beli dekat Kajang. Heee.

Terima kasih Sari.

IMG 3689 1 gourmetwhisk by mazmin shariff

Sambal tomat bibik Sari

Recipe by Mazmin ShariffCourse: SidesCuisine: IndonesianDifficulty: Easy
Masa

30

minit

Sambal tomat asli resipi Cik Sarini dari Indonesia.

Ingredients

  • 15 biji cili padi merah (patah 2)

  • 2 biji cili merah (patah-patahkan)

  • 2 bawang kecil (saiz ibu jari kaki sebiji bawang)

  • 2 biji tomato sedang (potong 4)

  • 2 ibu jari belacan (saya guna belacan Melaka dah bakar)

  • 2 ulas bawang putih (katuk)

  • gula nisan secukupnya

  • garam

Directions

  • Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kecuali gula nisan. Saya masak dalam periuk batu tak melekat tu jadi tak hangit dan tak melekat ke periuk.
  • Bila naik bau, angkat. Tunggu sejuk sikit dan lenyekkan.
  • masuk balik dalam periuk tadi. Tambah gula dan masak hingga warna gelap. Api jangan besar sangat ya. Rajin-rajin kacau tunggu sampai warna dia ‘deep’.
  • Tambah garam kalau nak masin. Kadang belacan tu cukup dah masin.

So guys, this is the English version of the classic Indonesian tomato sambal recipe I got to learn from one of my Indonesian maids years ago.

Photo Background with Yellow Burger General Recipe Card gourmetwhisk by mazmin shariff

Share:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email
Share on print

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

Mazmin Shariff

A mom, baker and cook, living in Malaysia, sharing the best curated and tried tips and recipes she has in her collection.

FOLLOW ME

RECENT POSTS

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Newsletter

No spam, notifications only about new recipes, updates, tips and tricks.

Scroll to Top